Thursday, January 1, 2009

AZAM DAN CABARAN TAHUN 2009

Pada pagi ini suasananya sama seperti hari semalam. Jika pagi semalam, ada yang masih datang ke pejabat, pagi ini berlainan. Hampir semua pekerja bercuti sempena hari pertama tahun baru. Bukan tahun ini sahaja, malahan sudah sekian lama ia berlangsung. Bagi yang bekerja pada hari ini, mungkin upahnya 3 kali ganda. Mahu tidak mahu, kita semua sudah berada di dalam tahun 2009. Apakah agaknyanya azam anda pada tahun ini...??? Sebagai seorang pekerja sama ada swasta mahupun kerajaan, tentulah anda mahukan yang LEBIH BAIK berbanding tahun 2008. Walau bagaimanapun, lebih elok jika azam anda tahun 2009 itu ditulis dan tampalkan ditempat yang mudah anda lihat. Mengikut buku yang saya baca, ia akan meransang minda separa sedar anda jika selalu diulang.
Tahun 2009 tidak menjanjikan sebarang kejayaan kepada mereka yang hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan usaha. Azam seorang pekerja mestilah dilaksanakan kerana masa anda berpeluang melaksanakannya tidak mempunyai sebarang jangka masa. Maksud saya jika anda mempunyai azam pada ketika ini, laksanakanlah sekarang juga. Anda tidak tahu sama ada anda akan mempunyai pekerjaan dalam masa enam bulan dari sekarang. Dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu tahun 2009, banyak majikan yang akan memberhentikan pekerja mereka. Bacalah laporan akhbar, pasti anda akan menjumpai apa yang saya katakan tadi.
Dalam apa juga keadaan, jadilah seorang pekerja yang menjadi harta kepada majikan. Kerana tidak anda manusia yang suka kehilangan hartanya. JIka anda menjadi beban kepada majikan, nasib anda anda ditentukan oleh keadaan dan permintaan. JIka keadaan mendesak, andalah yang akan menjadi calon yang sesuai untuk diberhentikan.
SELAMAT TAHUN 2009.