Friday, June 4, 2010

LATIHAN KERJAYA

Gambar di atas adalah hasil salah satu aktiviti kumpulan dalam kursus yang saya hadiri. Apa yang saya dan rakan-rakan lain dapat belajar adalah, setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Cara dan gaya kita berfikir pun tidak akan sama. Apa yang penting dalam aktiviti ini adalah sikap tolong menolong dan bekerja sama. Matlamat telah mengerakkan otak dan tenaga kami yang diterjemahkan dalam bentuk struktur ini.  Ia juga telah melupakan kami tentang latar belakang dan siapa kami sebelum ini di pejabat. Dalam aktiviti ini, saya juga adalah pekerja dan menerima arahan. Saya bukan BOS tetapi menjadi pengikut. Saya harus meraikan pandangan dan pendapat orang lain. Bukan semua yang saya fikirkan betul boleh diterima dan praktikal. Kita sememangnya memerlukan antara satu sama lain.

Monday, May 24, 2010

KENAPA PERLUNYA MATLAMAT

Dalam satu ceramah mengenai kewangan, saya sengaja melontarkan pertanyaan kepada peserta mengenai kedudukan dan pencapaian hidup mereka. Saya mengajak mereka membandingkan prestasi mereka dengan pencapaian buruh murah dari negara seberang. Mereka datang mencari rezeki ke negara kita dan membawa balik kekayaan dan kesenangan. Ia bukan rahsia lagi. Saya bertanya;'" Cuba kita bezakan kita dan mereka !", Saya membuka  gelanggang penghujahan. Saya tahu, yang berada di hadapan saya kebanyakannya lebih tua dari saya. Saya nampak mereka terdiam. Saya menyambung; "Kita sebangsa atau paling tidak pun serumpun dengan kita, mereka makan sama dengan apa yang kita makan, budaya kita hampir sama dengan mereka. Malah ada antara kita yang mempunyai pertalian darah dengan mereka". Saya memerhatikan kebanyakan perserta masih berdiam diri. Saya tidak tahu gambaran apa yang sedang bermain dalam minda mereka. "Walaupun mereka hanya datang dengan sebuntil pakaian, terpaksa berenang ke daratan di waktu gelap gelita, ada yang lemas dan mati dalam perjalanan, bekerja tanpa kemahiran dan kelulusan, mereka berjaya membantu keluarga mereka di kampung halaman. Bukan menjadi rahsia lagi berapa jumlah wang yang mereka titipkan ke sana pada setiap bulan".

Yang membezakan kita dan mereka adalah matlamat. Saya pasti mereka tidak akan balik ke ke kampung dengan keadaaan yang sama. Meraka akan membawa kejayaan dan kekayaan. Jika bukan kekayaan mengikut ukuran kita, mereka membawa kekayaan yang menjadikan diri dan keluarga  mereka hidup senang lenang. Kita pula.. bagaimana..?

Wednesday, May 19, 2010

HAKIKAT PERUBAHAN

Masa yang sudah berlalu tidak akan kembali semula. Itulah hakikat kehidupan semua orang. Masa sekarang tidak sama dengan apa yang telah dilalui dulu. Memang ada manusia yang tidak pernah beruibah, tetapi bukannya masa. Ia terus berubah meninggalkan semua orang, sama ada mereka mahu berubah atau tidak mahu berubah. Kenapa kita perlu berubah.? Adakah ia kehendak masa atau memang ia satu keperluan dalam kehidupan ?. Kalau kita tidak berubahpun masa tetap akan berubah dan terus berubah. Yang mungkin tidak berubah adalah pegangan dan prinsip yang kita pegang.

Apa ada ada pada kita adalah kenangan yang melekat diingatan. Itu sahaja. Kalaulah kita boleh kembali semula ke masa lepas dan mengetahui masa akan datang tentang kedudukan dan di manakah kita akan berada, tentulah banyak perkara yang tidak akan kita lakukan. Pada ketika itu kita sudah mempunyai gambaran tentang masa depan dan kesan kepada diri tentang apa yang kita lakukan sekarang. Tentunya kita lebih tekun dan bersungguh ketika di alam kampus dan sekolah. Pasti masa tidak akan kita sia-siakan. Banyak perkara yang kita boleh pelajari. Kita juga tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.Tetapi itu mustahil akan berlaku. Ketika kita melakukan perkara tersebut kita sebenarnya tidak tergambar dan terbayang tentang masa depan. Kalau begitu ramailah orang yang akan berjaya dan terkenal dengan kebaikan. Itulah sebenarnya kebesaran Allah Taala yang mengatur kehidupan manusia yang bersifat sementara di dunia ini.

Apa yang sedang kita lakukan sekarang menentukan apa yang kita perolehi pada hari esok.

Sunday, May 16, 2010

RAHSIA MOTIVASI KERJAYA

Apa yang menjadi rahsia seseorang pekerja itu berjaya dalam kerjayanya?. Bagaimana pula kita mahu mengenali mereka yang telah berjaya?. Apakah tip dan caranya?. Bolehkah kita meniru mereka ?.

Friday, May 14, 2010

MUHASABAH DIRI

Setelah 12 belas tahun dalam dunia kerjaya, saya melihat tarikh bersejarah lalu. Tanggal 16 Mei 1998 adalah hari Sabtu. Ia juga tarikh keramat bagi warga Guru. Saya melapor diri untuk bertugas menyemai bakti untuk nusa dan bangsa. Sudah tentu agama saya diletakkan di tangga teratas.

Saya melihat saya  ketika itu melakukan sesuatu seperti orang lain. Ya..!, seperti graduan lain. Nyata Allah memberikan saya tempat di sini untuk membuat pahala. Nampaknya masih ada lagi perjalanan panjang sebelum ke usia 56 tahun.