Sunday, May 16, 2010

RAHSIA MOTIVASI KERJAYA

Apa yang menjadi rahsia seseorang pekerja itu berjaya dalam kerjayanya?. Bagaimana pula kita mahu mengenali mereka yang telah berjaya?. Apakah tip dan caranya?. Bolehkah kita meniru mereka ?.


Mempunyai matlamat hidup yang jelas. Ramai pekerja tidak miliki matlamat hidup. Jika ada pun kabur dan terlalu umum.



  • Komitmen melaksanakan matlamat. Walaupun apapun dugaan dan rintangannya, mereka tidak akan mengalah.


  • Menyusun strategi terampuh. Jika pernah gagal pun, mereka tidak akan berhenti. Sentiasa mempunyai strategi yang berbeza untuk bangkit pada setiap kegagalan.


  • Mempunyai emosi yang stabil. Boleh menerima kegagalan dan kekecewaan. Anggap kegagalan adalah proses pembelajaran walaupun terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal.


  • Mengharap dan berdoa kepada Allah. Meminta hanya kepada yang Esa. Sedar bahawa usahanya masih terikat dengan qada' dan qadar Allah.


  • Sentiasa memberi sesuatu dengan orang lain. Tidak kedekut dan bakhil. Menganggap setiap sesuatu hanyalah pinjaman dan ujian.


    • No comments: