Wednesday, May 19, 2010

HAKIKAT PERUBAHAN

Masa yang sudah berlalu tidak akan kembali semula. Itulah hakikat kehidupan semua orang. Masa sekarang tidak sama dengan apa yang telah dilalui dulu. Memang ada manusia yang tidak pernah beruibah, tetapi bukannya masa. Ia terus berubah meninggalkan semua orang, sama ada mereka mahu berubah atau tidak mahu berubah. Kenapa kita perlu berubah.? Adakah ia kehendak masa atau memang ia satu keperluan dalam kehidupan ?. Kalau kita tidak berubahpun masa tetap akan berubah dan terus berubah. Yang mungkin tidak berubah adalah pegangan dan prinsip yang kita pegang.

Apa ada ada pada kita adalah kenangan yang melekat diingatan. Itu sahaja. Kalaulah kita boleh kembali semula ke masa lepas dan mengetahui masa akan datang tentang kedudukan dan di manakah kita akan berada, tentulah banyak perkara yang tidak akan kita lakukan. Pada ketika itu kita sudah mempunyai gambaran tentang masa depan dan kesan kepada diri tentang apa yang kita lakukan sekarang. Tentunya kita lebih tekun dan bersungguh ketika di alam kampus dan sekolah. Pasti masa tidak akan kita sia-siakan. Banyak perkara yang kita boleh pelajari. Kita juga tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.Tetapi itu mustahil akan berlaku. Ketika kita melakukan perkara tersebut kita sebenarnya tidak tergambar dan terbayang tentang masa depan. Kalau begitu ramailah orang yang akan berjaya dan terkenal dengan kebaikan. Itulah sebenarnya kebesaran Allah Taala yang mengatur kehidupan manusia yang bersifat sementara di dunia ini.

Apa yang sedang kita lakukan sekarang menentukan apa yang kita perolehi pada hari esok.

No comments: