Monday, May 12, 2008

KEJAYAAN: SYARAT PERTAMA

Dalam dunia ini, umumnya semua manusia yang normal inginkan kejayaan dalam hidup mereka. Satu perkataan yang paling susah dalam menulis tajuk ini adalah.. Apakah erti kejayaan.??? Pada saya, makna kejayaan bergantung kepada pemahaman setiap individu. Saya dan anda mempunyai pengertian yang berbeza tentangnya. Ia bukan sesuatu isu yang pelik, malahan ia adalah keunikan antara manusia. Walaubagaimanapun, ia bukan tujuan saya menulis kepada anda. Apapun maknanya kepada anda, saya suka nyatakan bahawa syarat pertama kejayaan adalah KEBERANIAN.
Anda mesti berani untuk berjaya. Saya katakan begitu kerana bukan semua orang berani untuk berjaya. Yaa.. memang benar, mereka takut untuk berjaya. Bunyinya memang macam pelik, tetapi ia benar. Jangan silap faham..!! apa yang saya maksudkan takut, bukannya takut kepada kejayaan, tetapi takut kepada;
  1. kepayahan yang mesti dilalui dari usaha-usaha yang dilakukan
  2. percubaan melakukan perkara yang sama berulang kali (anda tentu akan mengalami tahap kebosanan yang tinggi)
  3. kesan kejayaan secara tidak langsung kepada insan yang disayangi
  4. tahap penerimaan oleh kelompok (bukan semua ahli kelompok anda dapat menerimanya)
  5. penyesuaian dalam kelompok baru (anda akan diperhatikan)
ANDA MESTI BERANI UNTUK BERJAYA

1 comment:

ShamsuddinKadir said...

Satu daripada ulasan terbaik tentang 'Kejayaan' yang pernah saya baca.


Tahniah Tuan Muhabir Memberikan pandangan yang jelas adalah amat kritikal bagi pembangunan ummah.

Shamsuddin Kadir