Wednesday, May 14, 2008

KEJAYAAN: SYARAT KEDUA

Orang yang inginkan kejayaan dalam hidup hendaklah memiliki keinginan yang tinggi. Bukan kelulusan yang tinggi semata-mata. "Wah..!!!, kalau begitu macam mudah aje." Hanya keinginan yang tinggi, mudah bukan.??? Ramai tokoh yang telah berjaya yang anda boleh saksikan sendiri, mereka berjaya dan kaya raya tidak mempunyai kelulusan yang tinggi. Perbezaannya hanyalah mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk berjaya. Manakala yang lain-lain hanya mempunyai keinginan yang sederhana sebagaimana juga yang diinginkan oleh orang lain.
Manusia sememang suka untuk berada di dalam keadaan yang sama, seperti orang lain. Biasanya kita tidak mahu dianggap pelik atau tidak sanggup dilihat sebagai asing, apabila kita mempunyai sesuatu yang tidak dipunyai oleh orang lain. Ia berlaku dalam banyak keadaan. Contohnya, kita tentu dipandang sinis jika kita katakan bahawa kita ingin menjadi angkasawan. (ianya masih lagi dianggap pelik walaupun negara kita telah mempunyai angkasawan) Begitu juga kita kita memberikan idea yang praktikal, tetapi nampak pelik dan asing. Orang akan melihat kita dengan pandangan yang penuh dengan 1001 pertanyaan.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah... pendapat saya, lebih elok diletak perkataan: Kaunseling Kerjaya berbanding motivasi kerjaya sebab ramai yang muak dengan perkataan motivasi.