Friday, May 23, 2008

POLITIK PEJABAT

Ketika saya menyambung pengajian dalam bidang sains politik, tidak ada pula saya berjumpa dengan istilah politik pejabat. Saya hanya menyedarinya apabila bertugas dan mempunyai kerjaya. Walau bagaimanapun, ciri-ciri dan strategi berpolitik masih lagi sama, bezanya adalah matlamat akhirnya. Dalam politik sebenar, matlamat adalah kuasa untuk menjadi kerajaan ataupun pemerintah. Golongan ini akan menggunakan bermacam-macam pendekatan bagi membolehkan ideologi mereka diterima oleh rakyat. Bezanya, dalam organisasi tidak ada parti, manifesto, mengundi dan sebagainya. Yang sama adalah, cara mereka mengumpulkan kelompok, mempengaruhi dan strategi untuk mendapatkan kuasa. Ia akan digunakan dengan pelbagai cara, sama ada cara yang baik dan berundang-undang ataupun menggunakan pendekatan yang agak bias dan tidak bermoral. (pada kebanyakan masa cara agak berkesan, namun begitu saya melarang pembaca mencuba atau menirunya).
Satu perkara yang sama dalam semua keadaan adalah KEPENTINGAN. Inilah motif utama dalam sains politik yang saya pelajari dalam tempoh dua tahun di universiti dan 10 tahun di alam kerjaya. Pada saya organisasi akan rugi kerana;
  1. banyak masa akan dihabiskan untuk mempengaruhi orang lain
  2. matlamat organisasi tidak akan tercapai sepenuhnya kerana ada yang akan mensabotaj demi mendapatkan kuasa
  3. sumber-sumber utama akan dibazirkan
  4. perpecahan akan berlaku
  5. pekerja akan mempunyai kelompok dan kumpulan serta tidak bersatu padu
Yang paling rugi ialah stake holder kepada organisasi berkenaan.

2 comments:

Anonymous said...

ya bro, saya setuju dgn pandangan anda. dan tidak salah jika saya rasa sebab tu la kebanyakan students skrg diterapkan dgn budaya DRIVE sejak di awal sarjana muda lagi terutama yang terlibat dlm bidang perniagaan, pengurusan dan pentadbiran. ini adalah utk mempengaruhi dan membentuk cross culture dlm business environment demi memastikan productivity adalah berkadar langsung dengan strength syarikat walaupun mereka mempunyai banyak masa utk membuat kacau sesama sendiri serta untuk mengelakkan pembaziran main resource (wages and salary).

btw, its just my 2 cent. saya budak baru belajar, kalau salah tlg tunjukkan.

Anonymous said...

Politik pejabat pada saya sesuatu yang meletihkan... lidah yang berkata-kata lebih berkuasa dari segalanya...
Kerana politik pejabat, individu yang sering berkongsi pengalaman dan pendapat dengan saya ditukarkan. Belum sempat saya menimba pengetahuan dan pengalaman darinya....yang menyedihkan saya adalah masa dan cara beliau ditukarkan.....
Kerana politik pejabat, seseorang itu sanggup lakukan apa sahaja asalkan matlamat dan kepuasan diri tercapai biarpun orang lain yang terima kesannya.Kadangkala saya tertanya-tanya bagaimana dia mampu mempengaruhi orang yang mempunyai kuasa untuk bersetuju dengan dirinya..
Hanya dia yang mampu memberi jawapan....